My Uni Story-UiTM Arau Perlis

1:50 am

Assalamualaikum dan hi.

Jadi hari ni aku nak cerita sedikit tentang kehidupan aku di universiti(since it has been requested from one of my friend, and she says that she will the first to read this post .Pfft😎). Sebab aku jarang update entry aku berkenaan kehidupan aku sendiri. (baca:tak pernah update). Kebanyakan entry aku sebelum ni semuanya adalah giveaway. Jadiiiiiiii, hari ini kita ceritalah pulak pasal my uni life, ok?
.
.
.
Sekarang ni aku belajar dekat UiTM Arau Perlis, obviously dekat Arau, Perlis. Program aku Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian) Pengkomputeran Netsentrik, under Fakulti Sains Komputer Dan Matematik. (looking to kad pelajar) No Pelajar :......... (never gonna reveal that ) Haha. Bahaya dohhh. Nanti kantoii pulak result aku. Haha. Ok, back  to the story. FYI, aku tengah tunggu result untuk sem 1. Tolong doakan yang terbaik untuk aku dan sahabat2 aku yang lain. Berdebar nak dapat result. InsyaAllah, Biidznillah. Lulus dengan cemerlang. Amin. 😁


Terpampang jelas bila kau masuk UiTM Perlis. Terus nampak logo tu.

                                      

Yang ni kat area blok asrama siswi je. Baru boleh nampak.


Masa orientasi. Dewan yang luas lagi selesa.(lena tidur dalam ni). Semua nampak segak time ni. TIME NI JELAHhaha


Segak tak kami? Tau dah, tak payah cakap.😝 Yang ni masa beratoq nak ambik makanan. Sebelum masuk dewan, nyanyi lagu UiTM Di Hatiku~ 
Suka lagu tu. Habis orientasi jarang dah nyanyi melainkan masa KoKu. Kadang guna lagu tu, time karok dalam bilik ngan member. Hehe



Nampak tak label yang besaq tu. Dak-dak (baca:budak-budak) yang baru masuk memang akan bergambaq kat situ. Termasuklah aku. Haha



Yang ni nama dia Kandang Rusa Nani. (Betul kot.) Banyaq ekoq pulak tuuu. Uuuu~ (kagum)
.
.
.
Tu jelah kot. Tempat yang lainnya aku tak ambik banyak gambar. Gambar yang segini aja yang ada. Alhamdulillah, seronok belajar kat sini. Makan bukan main sedap lagi. Murah lagi. (makin menternak lemak duk kat sini). Kat sini, pasal makanan janganlah kau risau, kat setiap celah serta pelusuk ada kafe,kedai makanan. So, kau takkan pernah rasa lapar. Melainkan kalau duit ptptn lambat masuk, tu yang kau perlu risau. Haha
.
Kalau nak kurus pun boleh, jangan risau. Kawasan UiTM Perlis ni tersangatlahhhhhh luas. Kat area blok siswi tu, kau dah boleh habiskan beratus meter nak jogging. Jangan risau untuk kurus, ataupun untuk menambahkan berat badan. Datanglah UiTM Perlis. 
.
InsyaAllah, next post aku akan story tempat aku selalu pergi kat Perlis ni.

So, See You When I See You.
Assalamualaikum. 💘







You Might Also Like

0 comments

Have a good day, dear. :D